Tiga beranak maut manakala dua lagi cedera selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jambatan Tengku Permaisuri Bainun, Sitiawan, Seri Manjung, Perak, malam tadi.<br /><br />Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Azizi Zakaria, kemalangan membabitkan sebuah kereta dan kenderaan utiliti sukan (SUV).
